Monday 30 March 2015

A.V.E : Perut Paling Berasid

gastrik
Perut Paling Berasid


Bahagian badan yang paling berasid ialah perut. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pemakanan makanan yang berasid seperti ayam, daging, produk dalam tin dan sebagainya boleh menjejaskan aktiviti perncernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan.



Lebihan asid yang banyak tidak dapat dirembes oleh ginjal yang bertakung di dalam salur pencernaan (salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal yang berfungsi dan menyebabkan pembentukan Kristal di dalam salur pencernaan.



Kristal yang terbentuk dikenali sebagai batu karang yang menyebabkan individu mengalami penyakit batu karang. Keadaan ini akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit dan membawa kepada kematian.


[sumber majalah isihat]

Antara vitamin yang disyorkan untuk mengatasi batu karang



b complex



B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang 


vita c




Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid


ostematrix


OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 


alfalfa complex


Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi 


carotomax

Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang


lecithin


Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

A.V.E : Peranan Diet Yang Sihat

piramid makanan seimbang
Piramid Makanan Seimbang


Pengambilan air alkali juga tidak perlulah sehingga tahap ia menjadi minuman ‘wajib’ kerana diakui minuman tersebut memberikan impak yang baik dalam menstabilkan pH badan. Tetapi, cara yang baik adalah dengan memastikan pengambilan diet yang sihat dan betul.

Walaupun badan dapat mengekalkan keseimbangan pH tubuh, tetapi pengambilan makanan berasid atau beralkali secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kerana nilai nutrisinya yang tidak seimbang.

Terutamanya apabila kerap mengambil makanan daripada sumber haiwan yang tinggi lemak dan kolesterol kerana ia merupakan makanan yang paling berasid. Kaedah memasak seperti BBQ dan bergoreng juga menukarkan sebatian dalam makan haiwan itu kepada sebatian yang tidak baik untuk kesihatan kita.

buah-buahan
Buah-buahan


Makan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar pula memberikan kesan kealkalian terhadap tubuh kerana ia membantu untuk menderma electron kepada ion hydrogen dalam cecair berasid dan meneutralkannya. Ia juga tinggi kandungan fiber dan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

[sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Sunday 29 March 2015

A.V.E : Ajaibkah Makanan Beralkali?

makanan beralkali
Makanan Beralkali


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan. Tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat pula merupakan antara penyumbang utama kepada keasidan di dalam badan.

Mengikut kajian pakar perubatan, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali 20% makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan. Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80% makanan bersifat asid dan hanya 20% makanan beralkali.

Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Air alkali dikatakan mengandungi kandungan mineral yang beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.


makanan beralkali
Makanan beralkali


Walau bagaimanapun, menurut pakar, sebernarnya makanan yang kita makan atau minum tidak memberikan perubahan yang ketara dalam PH darah. Ini kerana badan kita mampu mengekalkan keseimbangan pH darah melalui proses yang dipanggil homestasis.

Sebagai contoh, selepas mengambil secawan kopi (berasid). pH badan tidak akan berkurangan kerana selepas semua proses pencernaan, tubuh berupaya mengimbangi pH semula melalui proses membebaskan kalsium daripada tulang untuk meneutralkan pH darah. Asid tambahan juga disingkirkan melalui buah pinggang.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Wednesday 18 March 2015

A.V.E :Penyakit yang disebabkan Badan Berasid

badan berasid
Penyakit yang disebabkan badan berasid


1. Kanser sel

Sel dalam keadaan PH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.

2. Kencing Manis

Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin

3. Darah tinggi

Toksik berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

4. Darah Rendah

Toksik berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung mejadi lemah.

5. Penyakit buah pinggang

Pengumpulan toksik berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.

6. Osteoporosis

Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.

7. Gout

Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.

8. Sembelit

Usus besar beasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

[sumber majalah isihat]

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan



*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*