Thursday 30 October 2014

A.V.E : 5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Sekarang ini Shaklee dan jadi fenomena. Ramai yang dah “terpikat” dengan kebaikan vitamin semulajadi ini. Maka setiap hari, semakin ramai yang nak masuk dan dah jadi ahli untuk dapat kelebihan harga ahli. Ye lah, alang-alang dah makan dan menjadi pengguna tegar, lebih baik terus daftar sebagai member, tak kisahlah walaupun hanya untuk makan sendiri. Tapi apa faedah, manfaat dan kelebihan yang kita dapat kalau join membership ni? Haa ni yang Fazreen nak terangkan dalam artikel hari ni. Fazreen yakin uolls yang membaca ni pun pasti nak tahu apa manfaat jadi ahli shaklee ni kan ? Ok jangan tunggu lama-lama, jom baca.

Apakah Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee ?

1. Harga Ahli 

Apabila dah jadi ahli Shaklee, automatik kita akan dapat harga ahli. Beza harga ahli dan harga runcit boleh mencecah 15% hingga 20% tau. Jadi disini kita dah save. Kalau anda memang makan produk shaklee lebih baik terus jadi ahli. Sebabnya apabila kita masuk ahli dan buat belian, kita akan dapat point. Dan jika jumlah point kita mencapai takat tertentu dalam satu bulan, kita dah layak dapat bonus tunai bulan berikutnya. Duit bonus tadi dikreditkan masuk dalam akaun kita. Jadi rugilah kalau beli vitamin Shaklee tapi tak dapat apa. At leastkan ada juga side income yang masuk dalam poket. Walaupun takat 2-3 angka tapi siapa nak bagi kan? Tapi kalau anda beli dengan pengedar sahaja tanpa jadi ahli, pengedar yang akan dapat pointnya. Anda tak dapat apa-apa. Rugilah! Jadi kite sangat-sangat galakkan anda daftar terus menjadi ahli Shaklee.

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee anda. Setiap pembelian yang dibuat dengan kite, kite akan berikan KONSULTASI EKSKLUSIF secara percuma dan berterusan. So jgn pikir panjang2. Jom DAFTAR SEKARANG!

Belum cukup best? Ada lagi…

2. Beli Produk Shaklee Online

Shaklee juga telah melancarkan pembelian secara online. Jadi kita boleh buat sebarang pesanan hanya dalam talian dihujung jari. Tak perlu nak pergi ke branch lagi. Jadi jimat masa, tenaga dan minyak. Penghantaran akan dilakukan terus oleh pihak Shaklee sampai depan pintu rumah. Duduk diam-diam dalam rumah, tup tup barang dah sampai, YIPPIE!! Best tak? Pulak tu bukan setakat order online, nak buat pendaftaran ahli pun online, nak cek bonus, pengiraan UV (point) semuanya secara online. Malam-malam pun boleh order. Mudahkan ! Tak ada sebarang masalah. 

Belum cukup best? Ada lagi…

3. Promo Untuk Produk Terpilih

Setiap bulan Shaklee akan buat promosi untuk produk-produk terpilih. Contohnya bulan Oktober 2014, ada double promo iaitu Buy 6 Free 1 ESP dengan Buy 3 Free 1 Meal Shakes. Jadi sebagai ahli, kita dah boleh grab peluang ini. Dengan promo ni kita dah boleh dapat percuma se canister dengan setiap pembelian 6 canister pada harga ahli. Kalau pun kita tak nak beli sampai 6 cansiter tapi kita masih dapat kongsi dengan kawan-kawan. Yang percuma tu kita boleh ambil untuk kita. 


promo esp
Promo ESP Buy 6 free 1

promo mealshakes
Promo Mealshakes buy 3 free 1

4. Bengkel Nutrisi, Kesihatan Disediakan

Satu lagi kelebihan masuk ahli Shaklee ialah, Shaklee sering menganjurkan bengkel-bengkel yang membolehkan kita menambah ilmu dalam dunia vitamin dan kesihatan. Salah satunya ialah bengkel nutrisi. Dalam bengkel ini diterangkan kebaikan dan manfaat setiap produk, untuk penyakit apa, daripada apa ia diperbuat, siapa patut makan ( yang ada masalah berat badankah, kencing manis, jantung dan lain-lain) , apakah yang perlu dielakkan, serta kelebihan yang terkandung dalamnya berbanding produk lain dipasaran. Dan bengkel sebegini dijalankan oleh pakar-pakar nutrisi yang bertauliah. Dari sini kita pun akan dapat serap ilmu baru dan diaplikasikan pada keluarga dan orang-orang tersayang. Senang cerita, kita pulak akan jadi “pakar nutrisi” buat keluarga kita dan untuk prospek yg lain. Kita sendiri boleh jaga kesihatan mereka. Dulu nak jd doctor belajar main2. Hehe…Kan ke best gitu ? Ala-ala pakar kesihatan di rumah. 

5. Peluang Bisnes 

Bila dah join ahli, peluang perniagaan terbuka luas. Shaklee menawarkan imbuhan yang menarik sejajar dengan usaha yang kita lakukan. Makin kuat kita usaha semakin besar ganjarannya. Tiada istilah orang atas goyang kaki, orang bawah kerja teruk. No sush thing OK! Imbuhan diberi berdasarkan usaha masing-masing. Jika pun kita berada di atas tapi tak ada usaha, alamatnya tak ada apa-apalah.

Ada 3C yang Shaklee tawarkan sebagai imbuhan kepada para pengedarnya yang berdedikasi :-

Cash - bonus tunai bulanan. Bergantung berapa banyak yang telah kita usahakan. Bermula dari 5%, 8% hinggalah ke 21% tahap bonus. Bukan itu saja, bagi yang sudah mencapai rank tertentu, ada lagi bonus kepimpinan yang akan diberikan.

Car Bonus – bonus kereta. Bukan kereta sebiji. Ala-ala elaun kereta. Kita boleh pilih untuk beli kereta baru, bayar kereta sedia ada, nak simpan atau berbelanja 

Convention – percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang kesemuanya 100% oleh Shaklee. Kita datang bawak badan sahaja. Sesiapa yang mendapat 990 points akan layak mendapat tiket ke percutian di Italy atau Umrah (pilihan bagi yang muslim) ! Semuanya PERCUMA dan boleh bawa sesiapa saja yang anda suka!


membership
Peluang Bisnes

Bagaimana Cara Nak Daftar Ahli Shaklee ?

Ok baik, ada 3 cara.

a) Yuran Keahlian RM75
b) Keahlian PERCUMA dengan pembelian 200 uv/points (RM680 keatas- Juga layak mendapat bonus tunai
c) Atau boleh terus saja hubungi saya untuk sebarang soalan. In Shaa Allah saya cuba jawab sebaik mungkin sebarang kemusykilan anda.

Ok itu saja cerita tentang benefit join ahli Shaklee dan sedikit info cara nak daftar Shaklee. Jumpa lagi dan jangan lupa daftar keahlian Shaklee anda hari ini juga ! Hubungi saya sekarang 

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, SihatCantik4u, Ceria with Me, GenkiBaribari

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Monday 27 October 2014

A.V.E : Cara Hilangkan Parut Jerawat

Jerawat memang masalah utama kulit wajah. Ada yang kulit wajahnya penuh jerawat sehingga menyebabkan malu untuk keluar rumah. Dah selesai masalah jerawat, parut-parutnya pula tertinggal. Setiap hari cuci muka pun parut jerawat masih tak hilang. Bagaimana cara hilangkan parut jerawat dengan mudah? Bagi saya yang penting, cara hilangkan parut jerawat ni perlu bermula dari dalam. Bila dalam kulit kita sihat, dah tentu di peringkat luar pun akan nampak sihat.


Petua Hilangkan Parut Jerawat

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato


tomato
Tomato



2. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.


aloe vera
Pokok lidah buaya (aloe vera)



3. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu.


putih telur
Masker putih telur



Mudahkan? Tapi mampu ke kite buat benda-benda ni. Nampak mcm senang, pun malas nk buat betol tak?. Nak pegi mencari pokok lidah buaya la bagai. Malas nak kotorkan tangan pastu nk menahan bau hanyir telur lagi. Adei..lecehla.

Kat sini ada cara yg paling mudah tanpa kotorkan tangan tapi berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Chewah! Mcm poyo je bunyinya kan? In Shaa Allah klu kene pada caranya. 

Antara vitamin dan supplemen yang biasa diambil untuk membantu menghilang parut jerawat adalah

1. Set D yang mengandungi B complex, Vitamin C dan Vitamin E


set kulit cantik
Set D - Set Asas Kulit Cantik

2. Add on ESP



esp
Add on ESP



Untuk anda yang kekurangan bajet, boleh mula ambil ESP dan Vitamin C sahaja dahulu. Atau cubalah sendiri dan rasai perbezaannya. Tak cuba tak tahukan? Bila dh jumpa pastikan akan jatuh cinta.

Jika anda mempunyai bajet yang besar, kesan lebih cepat boleh ikhtiarkan dengan Collagen Powder membantu menghilangkan bekas jerawat dan parut.

Walau bagaimanapun, pengambilan supplemen ini perlulah konsisten. Jangan lupa pengambilan air masak yang mencukupo. Kulit wajah kita ambil masa lebih kurang 120 hari untuk diperbaharui. Nak cantik ni kene sabar. Tak bleh stress. Bayangkan kulit kita dan bertahun-tahun bermasalah dan berjerawat, tak kan dalam masa seminggu je dah boleh terus nmpk cantik. Takut pula jika betul-betul pulih dalam masa yang singkat, masalah lain pula yang timbul dalam jangka masa panjang.


Selamat Mencuba!
Maniskan Iman, Maniskan Senyuman

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Sinergi Vitamin, Ummi’s Vits Store & MyNutrisi

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*



Saturday 25 October 2014

A.V.E : Vitamin Shaklee Kesukaan Saya

Semenjak kenal dengan Shaklee tahun lepas ada beberapa vitamin yg menjadi favourite Fazreen sbbnya Fazreen start consume supplemen ni dengan set pantang. Setiap satu vitamin tu ade keistimewaannya yg tersendiri tapi yang paling berkesan atau lebih senang ckp mujarab bile Fazreen amik ESP, Ostematrix & B Complex

Ni nk cerita skit pengalaman masa bersalin. Fazreen kehilangan byk darah masa bersalin. Doktor kata dlm 1 liter darah dah hilang. Kita dimasukkan ke ICU dan masuk darah 2 bag. Tapi masih lagi low HB. 4 ari kene thn kt hospital..stress, sedih sbb kene jg anak sorang2 dengan susu pun segan2 nk kuar. Lame2 dah bengkak miss B. Sakit dia Allah jelah yang tau.

Semasa berpantang, Fazreen mengalami sembelit pastu dlm masa yang sama mcm phobia nk gi toilet. Rasa mcm nak meneran tu agak takut skit la. Mesti ibu2 kt luar sana ade rasa mcm kita rasakan. Tahu la klu dlm pantang mcm mane, semuanya terbatas. Jalan pun dh mcm Oshin je. Terkepot2 penuh sopan santun. Hehe…

Ok sekarang back tu our story…setiap hari Fazreen akan minum ESP 3 kali sehari. Almaklumlah nk baik cepat. Salah satu kelebihan ESP ni dapat membina sel2 baru dalam badan kita. Alhamdulillah, sepnjg Fazreen dlm pantang, luka jahitan cepat sembuh. ESP dpt memberi tenaga sepanjang hari. Rasa kenyang lebih lama, dapat mengepam dengan jayanya, dan dalam masa yang sama dpt menyusukan anak dengan gembira.

esp shaklee


B Complex dan Ostematrix pulak sgt membantu kesihatan saraf dan tulang. Bukan itu je, ia juga memberi kestabilan emosi, rasa tak stress bile nk jaga si kecik yang asyik meragam. Ostematrix juga membantu mengurangkan ketidakselesaan sendi. Ostematrix bukan sekadar kalsium. Alhamdulillah masalah sembelit dh berkurangan. Proses pembuangan pun berjalan lancar tanpa ada rasa takut2 lagi. 

b complex

ostematrix



Cabaran Blogging Bersama GenkiMomma, Kedai Nutrisi, Awesome Vitamins, AieSarang

Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Thursday 23 October 2014

A.V.E : Destinasi Percutian Idaman Saya

Pejam celik..pejam celik dah masuk Entri ke-7 Cabaran Blogging Genki Momma. Entri kali ni agak menarik skit sbb cerita pasal jalan2. Semua orang ada impian kan? Termasuklah Fazreen teringin sgt nk travel around the world. Semua impian je tapi tak mustahil sbb dengan Shaklee semuanya akan menjadi kenyataan. In Shaa Allah…yang penting kita berusaha untuk mendapat target. Ini bukan cerita bohong tau. Ini betol2 kejadian. 

Baru-baru ni Shaklee telah menawarkan percutian percuma ke United States Of America. Seronok tgk kawan-kawan SID lain yang dpt pergi. Shaklee menyemoncer diaorang termasukla luggage free, hotel, makan minum, duit poket pun dpt ok. Tak payah susah pikir nk bwk duit belanja. Haha…BEST tak? Sape tak nk kalau semuanya di sponsor. Jom kite tgk skit gambar2 diaorg ms bercuti ke US…Meleleh air liurla dia kata, sbb mulut melopong tgk gambo2 best. ha gitu…


percutian ke US
United State Of America

melawat tapak ke Shaklee HQ, US
Melawat Tapak Ke Shaklee HQ, USA

luggage free
Luggage Free


Awesome!! Tahun depan pulak Shaklee akan bawak pergi Italy. Mamamia..Macam biasalah terpulang kepada CP (Conference point) yang kita dpt kumpul nnti. In shaa Allah kami akan grab peluang yang sama jugak. Aja! Aja! Fighting!! Italy…mu tunggu aku datang. Aaminn..

Jom tgk review skit gambar2 Italy supaya dpt bg naik semangat skit nk berusaha grab peluang keemasan ni.


rome, Italy
Rome, Italy

Venice, Italy
Venice, Italy


Ok skarang jom tgk plk destinasi percutian yang Fazreen idam. Kalaulah Fazreen dpt byk duit, mula-mula sekali Fazreen nk gi Menunaikan Haji/Umrah. Utamakan wajib dulu. Nak pegi sana bersama orang yang tersyg. Nk gi dengan suami, mak, abah, anak semuala. Lagi beet klu gi sana ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. In Shaa Allah..Aamiin.


Makkah
Sejuk Mata Memandang..
2nd place will be…travel Europe. Seronok tgk org dpt travel Europe, byk sgt tpt2 menarik kt sana. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan so gi sana tgk life org sana mcm mane.


holland
Holland, Netherland
Paris, France
Love In Paris
Venice, Italy
Venice, Italy

germany
Rothenburg, Germany

switzerland
Switzerland

istanbul
Ayasofya, Istanbul

london
London, United Kingdom

3rd place will be Asian Country ‘Ke Korea Ke Kita’ dan ‘Jejak Jepun’. Masa tu nk fefeeling mcm Winter Sonata la kan. Hehe…how romantic bile tgk cite tu kan. Gi Jepun sbb nk tgk Pink Blossom Sakura..Subhanallah mesti sgt cantik klu dpt tgk live. Before this tgk dlm gambo je kan. Kalau ade rezeki nk gi tgk sndri. In Shaa Allah..Aaminn.


korea
Nami Island, South Korea

japan
Cherry Blossom Sakura, Japan



Ok now stop dreaming girl….back to reality. Puas tak tgk gambar je? Mesti tak kan. Ape kata pasni kita tanamkan semangat sama2 untuk kecapi impian kita. Tiada yang mustahil semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya kita ada target dan matlamat yang jelas. Usaha dan doa yang istiqamah akan memberi kita ruang untuk terus maju ke hadapan. In Shaa Allah. Semoga Berjaya Geng!

Sekiranya berminat untuk join member, jom PM/sms/Whatsapp/Telegram Fazreen ye. Jgn malu jgn segan. Bile korang dh join br la korang tau berbaloi ke tak bile join Shaklee ni. Yok berbisnes!

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu Nutrisi & BestieSheTeen 


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Tuesday 21 October 2014

A.V.E : Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi. Fazreen di antara beribu-ribu ibu bahagia di luar sana yang berpuas hati dengan Set Penyusuan Shaklee. Alhamdulillah ikhtiar kami dengan Set Penyusuan Shaklee mampu menyusukan anak kesayangan sehingga genap setahun pada bulan ni dan In Shaa Allah akan diteruskan sehingga 2 tahun.

Fazreen kenal Shaklee dengan mengambil set pantang then terus apply Set Menyusu Shaklee. Sebab set pantang dah include Set Menyusu. Sangat menjimatkan. Tak payah nak piker-pikir nk beli or tambah supplemen lain. Fazreen memilih untuk menyusukan anak dengan susu ibu agar anak yang di amanahkan Allah ini dapat membesar dengan sihat dan antibodi juga kuat. Alhamdulillah berbaloi dengan duit yang kami belanjakan membeli Set Penyusuan Lengkap Shaklee. Alhamdulillah, sejak consume Set Menyusu Shaklee, anak jarang sakit. Sentiasa active dan kalau demam pun tak lama. Syukur sangat2.

Antara kebaikan set penyusuan Shaklee 


set menyusu 3m
Set Menyusu Lengkap Shaklee


ESP Shaklee 

Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitalea

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Complex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Ostematrix

Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

*macam anak Fazreen cepat je tumbuh gigi. Pada usia 7 bulan dan tumbuh gigi. Start berjalan umur 10 bulan. Alhamdulillah.


adlina maisarah
Maisarah dah setahun..alhamdulillah


Alfalfa Complex

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu dengan cepat. In Shaa Allah.

Omega Guard

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.


omega guard
Omega guard

Set Penyusuan Lengkap Shaklee – Berminat Mencuba?

Jika anda mahu mencuba boleh dapatkan dari kami Set Lengkap Penyusuan Shaklee dari kami, In Shaa Allah Fazreen akan berikan konsultasi penuh untuk bantu anda cemerlang dalam penyusuan as long as anda mengamalkan konsep asas penyusuan iaitu kerap mengosongkan payudara, lebih banyak sesi perahan dengan mengamalkan teknik Power Pumping maka lebih banyak susu dihasilkan asalkan ibu-ibu menyusu sentiasa tenang, jaga pemakanan, kuantiti pengambilan air yang cukup, paling penting percaya dan yakin pada tempat pergantungan Allah S.W.T. Doa, zikir dan tawakal kepada Allah S.W.T. 



Hanya kepada Allah Kite Memohon Pertolongan. Selamat Mencuba!

Maniskan iman, maniskan senyuman

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, My Info Vitamin, VitaMoon & MyFreshVita


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*