Sunday 30 November 2014

A.V.E : 5 Cara Sihat Nikmat Lebih Coklat


coklat
Coklat

1. Kisar ke dalam smoothie

Selain menambah cip coklat gelap atau beberapa ketul coklat gelap ke dalam smoothie, anda juga boleh menambah baik bagi mendapatkan manfaat kesihatan dengan mencampurkannya dengan serbuk koko tanpa gula. Rasa coklat dan kemanisan ceri boleh menutup kepahitan sayur-sayuran saperti kale. Oleh itu, anda juga boleh menyelitkan hidangan ini sebagai hidangan tambahan. Paling penting, cari serbuk koko mentah atau tulen kerana koko proses telah melalui proses kimia yang telah mengurangkan kandungan antioksidan koko.

smoothie coklat pisang
Smoothie coklat pisang


2. Tambah ke dalam bijirin

Cincang 2 ketul kecil coklat hitam dan campurkan bersama-sama ke dalam oat panas atau taburkan parutan coklat ke bijirin sejuk bersama-sama dengan straberi yang dihiris atau pisang yang dicincang halus. Kajian menunjukkan mengambil pencuci mulut ketika sarapan membantu individu yang sedang menurunkan berat badan mengurangkan rasa lapar. Para saintis juga mendapati strategi ini telah membantu mengurangkan tahap darah ‘ghrelin’ yang dipanggil hormone kelaparan.



3. Campurkannya

Cairkan sedikit coklat gelap dengan menambah sedikit air panas (bukan didihkan) dalam pada satu masa. Sambil menggaulnya, masukkan juga buah0buahan segar yang telah dipotong kecil bersama-sama rempah seperti kayu manis. Trend masakan terkini, anda juga boleh nikmati coklat gelap dengan makanan lain yang tidak dijangka seperti coklat pada asparagus, buah zaitun, tomato ataupun beberapa ulas bawang putihh hitam. Anda tidak akan jangka rasanya sehingga anda mencubanya!

4. Gaul dalam mentega kacang

Gaulkan mentega kacang bersama coklat gelap yang dicincang halus, gula tanpa pengawet, buah-buahan kering dan rempah ratus seperti halia yang diparut segar. Lumurkan gabungan bahan tadi ke atas buah-buahan segar seperti buah epal atau pear.

5. Tambah dalam hidangan enak

Sayur yang dicelup dengan coklat mungkin kedengaran seperti mencabar, tetapi dengan mencampurkan coklat ke dalam hidangan sedap bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tahukan anda boleh menggabungkan coklat pada makan tengah hari atau makan malam termasuklah menambahkannya dengan cilia tau terung. Selamat Mencuba!!

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Saturday 29 November 2014

A.V.E : Penangan Coklat Untuk Kesihatan

pencinta coklat
Coklat


Salah satu penemuan terhebat di dunia adalah biji koko, iaitu bahan asli untuk membuat coklat. Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari oleh hampir setiap orang di seluruh dunia.

40 Manfaat Kesihatan


pencinta coklat


Tahukah anda, bukan sahaja jantung yang mendapat manfaat daripada sebatian koko atau serbuk koko. Terdapat banyak kajian saintifik yang telah dikumpulkan menunjukkan terdapat kaitan pengambilannya dengan manfaat kesihatan yang berbeza!Kebanyakan daripada kita mungkin mengetahui kepentingan antioksidan, di mana pembentukan radikal bebas dalam sel-sel boleh merosakkan DNA dalam badan lalu memberi risiko tinggi mendapat penyakit seperti Alzheimer, jantung dan kanser.

Menurut pakar, sebab mengapa polifenol antioksidan dalam coklat begitu berharga kerana ia mempunyai keupayaan untuk menghentikan pengoksidaan radikal pengantara ini. Hal ini seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit tersebut dan lain-lain penyakit yang boleh secara tidak langsung mengganggu salah satu punca utama penyakit kronik.

Coklat juga mengandungi bahan kimia tumbuhan mujarab iaitu ‘kebahagiaan’. Ia merupakan neurotranmiter dalam otak yang boleh menghalang kesakitan dan keresahan. Kandungan kafein dan theobromin dalam coklat juga menunjukkan ia menghasilkan tahap tenaga fizikal dan mental yang lebih tinggi.

Sebenarnya, terdapat juga banyak sebatian coklat yang lebih sihat yang masih belum ditemui. Selain daripada mengurangkan Alzheimer, coklat juga berupaya membaiki fungsi hati, mengurangkan symptom glaucoma dan katarak serta melindungi wanita mengandung daripada gejala praeklampsia.

Selain itu, coklat juga berupaya meningkatkan fungsi seksual. Berdasarkan kajian, coklat dapat menaikkan fungsi seksual daripada yang bukan pemakan coklat.

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat menjadi penyebab.

Tidak ketinggalan coklat juga mengubati batuk. Menurut kajian, zat kimia yang ditemukan dalam coklat lebih baik dalam menyembuhkan batuk berbanding dengan ubat batuk! Hal ini disebabkan sejenis bahan yang disebut theobromine yang dapat mencegah batuk.

Jangan risau untuk menikmatinya kerana coklat tidak merangsang pertumbuhan jerawat. Malah kebanyakan doctor percaya jerawat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan corak pemakanan. Bagaimanapun, masalah jerawat boleh berlaku jika coklat itu mengandungi susu.

Pilih Coklat Hitam

Coklat diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, yang bermakna ia mengandungi banyak manfaat kesihatan daripada sayuran gelap sebagai sebahagian daripada diet anti-penuaan. Manfaat ini dadapati daripada flavonoid yang bertindak sebagai agen antioksida. Antioksidan melindungi badan daripada penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan yang membawa kepada penyakit jantung.

Coklat susu (putih) memang enak dimakan berbanding coklat pahit (hitam). Malah kajian mendapati coklat susu kini lebih menjadi pilihan. Namun, coklat susu mempunyai kandungan lemak tepu tidak sihat yang tinggi, gula dan kalori di mana semuanya tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi susu, terutamanya jika dimakan berlebihan! Malah kandungan kokonya yang lebih rendah menyebabkan kandungan antioksidannya kurang berbanding coklat hitam.

Sekeping coklat hitam pula mengandungi dua kali ganda antioksidan dan rendah kalori berbanding coklat susu. 12 biji koko diperlukan untuk menyediakan satu auns (28.3gram) coklat hitam berbanding hanya empat biji koko yang menghasilkan satu auns (28.3gram) coklat susu. Satu-satunya kelebihan coklat susu berbanding coklat hitam ialah ia mengandungi kalsium. Jadi, coklat yang baik untuk kesihatan adalah coklat hitam, tanpa kandungan susu.

Keistimewaan coklat hitam antara lain juga mampu menjadikan kulit wajah awet muda kerana mengandungi mineral dan vitamin A,C dan E, serta kemampunannya meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak, sekali gus dapat merangsang ingatan menjadi lebih baik.

Jika memakan coklat hitam, ia mampu memerangkap radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan iaitu bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Wednesday 26 November 2014

A.V.E : Makanan Terbaik Selepas Bersenam

Apa yang terjadi selepas bersenam?

Bersukan atau bersenam dengan jenis sukan dengan intensity tinggi seperti bola sepak atau bola keranjang, tenaga yang digunakan adalah bersumberkan glikogen yang tersimpan di dalam otot. Senaman yang melebihi satu jam akan mengosongkan simpanan glikogen yang tersedia.

Keutamaan badan pada ketika itu adalah melakukan penambahan simpanan glikogen. Pada masa yang sama, otot memberi tindak balas dan beradaptasi dengan latihan fizikal yang akan lakukan dengan menjadi lebih kuat sekali gus menaikkan tanda aras keperluan protein dalam badan.

Apa yang tidak kurang penting juga adalah keperluan rehidrasi atau keseimbangan kandungan air dalam badan. Selama bersukan atau bersenam, badan kehilangan dua% cairan dalam badan boleh menurunkan konsentrasi dan prestasi senaman.

Oleh itu, jika keperluan-keperluan yang disebutkan di atas tidak dipenuhi segera selepas bersenam, badan tidak dapat pulih kepada keadaan fisiologi asal dan akan memberi impak kepada kesihatan dan prestasi.

Apa yang sebaiknya diambil selepas bersukan?

Minum air sekurang-kurangnya 500ml hingga 1liter air mineral. Ini bergantung kepada jenis sukan dan berat badan anda. Secara asasnya anda perlu menggantikan cairan yang hilang melalui peluh 150ml setiap 15minit jika bersenam dengan intensity tinggi.

minum air
Minum air secukupnya


Mengambil sumber karbohidrat yang cepat diserap oleh badan, misalnya pisang. Pisang popular kerana ia merupakan sumber karbohidrat yang cepat diserap untuk menggantikan simpanan glikogen dalam badan. Jika tidak menyukai pisang, anda boleh menggantikannya dengan buah-buahan yang lain.


pisang
Pisang sumber karbohidrat


Mengambil susu coklat, keperluan protein selama bersenam meningkat secara proporsional. Susu mengandungi 2 protein berkualiti tinggi iaitu whey dan kasein yang dapat menyokong perkembangan otot dan keperluan protein dalam badan. Perkembangan otot sekali gus akan mengikis lebihan lemak yang ada. Tidak semestinya coklat, anda boleh memilih perisa lain. Cuma, coklat mengandungi sedikit caffeine yang akan merangsang stamina untuk jangka masa pendek.


susu coklat
Susu coklat


Objektif senaman dan bersukan akan tercapai dengan lebih optimum jika diseimbangkan antara fizikal dan nutrisi tepat dan lengkap yang diambil.

[sumber majalah isihat]

Antara suplemen yang disyorkan untuk anda lebih bertenaga sepanjang bersenam/bersukan

Performance Drink

performance drink
Performance Drink


1. Bebas gas atau tidak berkarbonat. Kurang kandungan gula (less sugar).

2. Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!

3. Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan               karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Tuesday 25 November 2014

A.V.E : Mmm…Sedapnya Tongkeng Ayam

Tongkeng Ayam Tinggi Kolesterol


tinggi kolesterol
Tongkeng Ayam


Di barat, ia dikenali sebagai ‘chicken tail’, ‘pope’s nose’, atau ‘bishop nose’. Itu antara istilah yang jika disebut, ramai tidak tahu akan maknanya. Tetapi jika dipanggil dengan nama ‘buntut ayam’ atau ‘tongkeng ayam’, pasti ramai yang akan tersenyum dan mengganguk mengetahuinya.

“Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam, makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam…’

Rangkap dua bait di atas merupakan bait-bait lagu ‘ayam’ yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid satu ketika dahulu. Lirik tersebut diambil daripada kata-kata orang terdahulu yang gemar membuat spekulasi sebegitu kerana tidak mahu anak-anak dan cucu cicit mereka makan benda yang dikatakan tidak elok dimakan.

Kebiasaan masyarakat dahulu, mereka gemar menyindir dengan perkataan yang halus dan mendalam. Ia sebenarnya mahu memberitahu bahawa sebenarnya tidak elok jika kita mengamalkan makan bahagian-bahagian seperti tongkeng ayam. Walau bagaimanapun, yang di larang makan itulah yang sedap dinikmati. Betul tak?

Setiap Negara mempunyai budaya dan cara pemakanan mereka sendiri. Budaya menikmati tongkeng ayam ini bukan sahaja popular di Malaysia, tetapi turut menjadi kegemaran di beberapa buah Negara Asia lain. Kita sebenarnya sangat kreatif dalam menterjemahkan konsep jimat dalam gaya hidup. Sampaikan rangka ayam pun boleh digoreng dan dijual.

Sebut sahaja balung ayam, kaki ayam, usus ayam, pedal ayam dan termasuklah buntu ayam, semua itu jarang sekali dijumpai apatah lagi dijamah di Negara-negara atas angin seperti Amerika. Itu yang membuatkan Negara kita unik di mana masyarakat barat memandang buntut ayam sebagai sesuatu yang eksotik dan jarang sekali ditemui di mana-mana bagi tujual makan

Walau bagaimanapun, menurut pakar pemakanan, makanan kegemaran rakyat Malaysia ini mengandungi kolesterol yang tinggi dan boleh memberi kesan kepada kesihatan jika kita mengambilnya secara berlebihan.

Tinggi Kandungan Lemak


tongkeng ayam


Seketul daging ayam bahagian dada tanpa kulit seberat 38 gram membekalkan 57 kalori, 7 gram protein, 3 gram lemak dan 6.9mg kolesterol. Manakala seketul kepak ayam bersama tulang seberat 92 gram yang membekalkan jumlah protein yang setara iaitu 7 gram, mempunyai 92 kalori, 7.1 gram lemak dan 34.1 mg kolesterol. Setengah ketul peha ayam bersama kulit, seberat 52 gram juga membekalkan 7 gram protein tetapi mempunyai 85 kalori, 6 gram lemak dan 34 mg kolesterol.

Fakta-fakta tersebut membuktikan setiap bahagian dalam seekor ayam mempunyai jumlah kalori, lemak serta kolesterol yang berbeza. Ini kerana taburan komposisi lemak lebih banyak terdapat di bahagian tongkeng, paha, kepak dan betis ayam.

Persatuan Jantung Amerika Syarikat mencadangkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 3000mg setiap hari. Jika dilihat, bahagian tongkeng ayam mengandungi lebih daripada 300mg kolesterol. Keadaan ini jelas menunjukkan bahagian ini sebenarnya tidak elok untuk diambil.

Kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormone dan membentuk membrane sel seterusnya di bawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap system kardiovaskular badan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia di bawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein.

Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada system kardiovaskular badan.

Hanya Satu Atau Dua Ketul

Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah telah menjadi sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran dengan organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Hal ini jelas menunjukkan betapa bahayanya jika mengambil kandungan kolesterol yang tinggi. Jika anda mengalami masalah anemia, ya makanan ini sangat baik untuk diambil. Jika sebaliknya, makanan seperti ini boleh mendatangkan bahaya jika diambil secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, sukar untuk kita menolak makanan yang sukar untuk kita menolak makanan yang sudah sebati dalam hidangan masyarakat Malaysia. Untuk itu, sebaiknya saya cadangkan untuk anda ambil sekurang-kurangnya sekali sahaja hidangan makanan tersebut dalam seminggu. Cukuplah ambil satu atau dua sahaja kerana anda tahu bukan kandungan kalorinya.

INFO: Carta Kolesterol Makanan

Persatuan Jantung Amerika Syarikat mencadangkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg setiap hari

carta kolesterol makanan
Carta Kolesterol Makanan


[sumber majalah isihat]

Antara Suplemen yang disyorkan untuk mengawal paras kolesterol

Phytocol-ST – Pencegahan penyerapan Kolesterol dari makanan

Omega Guard – Membantu menunrunkan kolesterol jahat (LDL) dalam salur darah dan menambahkan salur darah baik (HDL)

Coq10 – Menguatkan fungsi otot jantung dan memperbaiki pengaliran darah

Vivix – Melindungi sel dari penuaan atau kerosakan sel dan untuk kesihatan salur darah


kombinasi set jantung sihat
Set Jantung Sihat


Lecithin – Membantu memecahkan lemak

Alfalfa – Mambantu menyingkirkan toksin dalam badan

Herblax – Melancarkan pergerakan usus

Garlic – Melegakan perut yang tidak selesa dan mencairkan kolesterol


kawal kolesterol



Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Sunday 23 November 2014

A.V.E : Hipersekresi Punca Cirit-Birit


Cirit-Birit Bagi Kanak-kanak


Tahukah anda Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, 1.7 bilion kes cirit-birit atau diarea dikesan berlaku setiap tahun di seluruh dunia, yang juga merupakan punca kedua kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Bagaimana pun Negara-negara Asia Timur dan Pasifik telah mencapai kejayaan besar dalam mengurangkan kematian kanak-kanak dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Jumlah kematian di bawah 5 tahun menurun daripada 2.2 juta pada tahun 1990 kepada hampir 700,000 pada tahun 2010. Pneumonia dan cirit-birit menyumbang kepada hampir satu pertiga daripada kematian tersebut, di mana kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak miskin.

Kenyataan tersebut diakui oleh Pakar Perunding Pediatrik, cirit-birit adalah pembuangan najis berair yang berlaku dengan kerap. Ia mengakibatkan kehilangan cecair yang banyak daripada badan dengan kadar yang cepat lalu menyebabkan pesakit mengalami risiko penghidratan. Ia merupakan risiko paling tinggi bagi bayi dan kanak-kanak yang lebih muda.

Di Malaysia, insiden cirit-birit akut paling tinggi berlaku kepada golongan muda yang berusia 20 hingga 29 tahun. Sementara itu, satu kajian tempatan pada tahun 2006 yang dijalankan terhadap kanak-kanak berusia 5 tahun mendedahkan kira-kira 4.9% daripada kematian yang berlaku adalah disebabkan cirit birit.

Cirit-birit biasanya disebabkan oleh virus atau bacteria yang merebak melalui makanan atau air minuman yang tercemar akibat tahap kebersihan yang rendah. Jangkitan virus akan mengeluarkan toksin yang menyebabkan usus merembeskan air yang berlebihan atau dikenali sebagai hipersekrasi. Jumlah air yang di rembes adalah terlalu banyak sehingga ia tidak boleh diserap semula oleh usus besar. Ini mengakibatkan pembuangan najis yang kerap dan berair.

Biasanya rawatan yang diberikan adalah Terapi Rehidrasi Oral (ORT) yang memerlukan pesakit meminum banyak cecair, mengambil larutan khas rehidrasi oral atau mengambil elektrolit secara intravena. Ini penting dalam menguruskan cirit-birit akut untuk mengcegah penghidratan.

Walau bagaimanapun, ORT tidak menangani symptom cirit-birit akut yang lain seperti kembung dan rasa mual.Selain itu, ubat cirit-birit yang sedia ada yang berfungsi untuk mengurangkan kekerapan seseorang itu ke tandas dikaitkan dengan sampingan seperti sembelit. Tambahan pula, pilihan rawatan untuk cirit-birit akut bagi kanak-kanak adalah terhad kerana kebanyakan diindikasi untuk orang dewasa.

Tips Tangani Cirit-Birit

· Cuci tangan sebelum makan

· Makan makanan semasa panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul

· Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makanan tenusu atau daging merah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah dikupas.

· Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit-birit.

· Minum air daripada bekalan air bersih, dibotolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum kafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk.

· Pastikan anak anda berada di rumah semasa mengalami jangkitan cirit-birit.

[sumber majalah isihat]



Antara suplemen yang disyorkan untuk mengurangkan cirit-birit atau diarea

Nutriferon – Tingkatkan system imun dalam badan


nutriferon
Nutriferon


Performance Drink – mengelakkan badan daripada dehidrasi


performance drink
Performance Drink

Suplemen untuk Kanak-kanak

set kanak-kanak


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*

Thursday 20 November 2014

A.V.E : Makanan Yang Melindungi Payu Dara

Beri biru, brokoli dan walnut diketahui sebagai makanan super yang menentang penyakit dan meningkatkan tahap kesihatan. Namun terdapat pilihan terbaik bagi anda yang memiliki sasaran tertentu. Kajian terbaru mendedahkan sayuran terbaik untuk merendahkan risiko daripada kanser dan penyakit kardiovaskular sehinggalah macular degenerasi dan osteoporosis. 

Di bawah disenaraikan makanan terbaik untuk melindungi asset wanita yang paling berharga.

Bunga Kubis

brokoli
Bunga kobis (brokoli)


Sayuran daripada keluarga Brassiccaceae ini mengandungi sulforaphane, yang berupaya menghentikan pertumbuhan sel kanser dalam kajian di makmal dengan cara mengganggu keupayaan sel untuk membiak.

Ia juga mengandungi bahan yang dikenali I3C, yang merendahkan paras estrogen yang berkemungkinan menggalakkan tumor berkembang. Cara memasak yang dicadangkan adalah sama ada memanggang atau stim. Jangan sesekali merebusnya kerana 75 peratus bahan penentang kanser akan larut dalam air yang digunakan untuk merebus.

Ubi Keledek

ubi keledek
Ubi Keledek


Sebiji ubi keledek sepanjang lima inci mengandungi 11,062 mg beta karoten, sejenis bahan karotenoid yang membantu tubuh ‘menggunakan’ estrogen dengan lebih baik. Menurut pakar penyelidik, wanita yang memiliki paras beta karoten dan karotenoid yang rendah berisiko dua kali diserang kanser payu dara, berbanding wanita yang tinggi bera karoten dan karotenoid dalam darah.

Sos Tomato

tomato
Tomato


Kajian menunjukkan likopen, antioksida yang berkuasa didapati dalam tomato berupaya menentang kanser payu dara dengan meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel. Kajian membuktikan likopen menghalang pertumbuhan kanser payu dara.

Bukan itu saja, is membantu melindungi kulit dari kanser yang berpunca daripada kesan pembedahan cahaya matahari. Likopen lebih mudah diserap ke dalam tubuh apabila terdedah kepada haba, jadi tomato yang dimasak lebih baik berbanding mentah. Likopen adalah larut lemak, oleh itu campurkan minyak zaitun untuk membantu penyerapan.

Elakkan Limau Gedang (Grapefruit)


grapefruit
Limau Gedang (grapefruit)


Makan walaupun hanya suku buah limau gedang setiap hari atau separuh biji keesokkanya boleh meningkatkan 30% risiko serangan kanser payu dara bagi wanita menopaus. Kenyataan ini berdasarkan kajian selama Sembilan tahun yang dilakukan oleh pakar penyelidik ke atas 46,000 wanita yang telah menopaus. Walaupun pakar perubatan tidak mengetahui bagaimana, beberapa kajian menunjukkan limau gedang berinteraksi dengan estrogen yang meninggikan potensi pembentukan kanser.

[sumber majalah isihat]


Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, 7Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*